+Follow | Dashboard
Yatt's
Diary About Board Links
Tuesday 3 September 2013
Aku dilahirkan dengan cara songsang (keluar ikut tingkap)
Kidal
Memberontak
Tak kreatif tapi kadang kadang ada jugak idea
Pelik
Tapi bukan tu yang aku nak cerita.

Aku macam orang lain,
Ada perasaan, nafsu.
Aku senang dapat kawan, senang takde kawan

Hidup aku_______kosong.

Kadang kadang aku rasa happy
Kadang kadang
Lose!

Aku masih mencari diri aku
Masih mencari salah silap aku
Masih mencari cela, hina, jijik dalam diri aku.

Aku cuma__________________


Nak jadi macam orang lain,
Aku takut sunyi.



Ikhlas, aku.


Tuesday 23 April 2013



Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak bererti
Bererti untuk ku rindukan
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah bersama
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu

Thanks for the memory.



Friday 12 April 2013


Kawan?
Kawan untuk selamanya,
Kawan itu dan kawan ini.

Makna kawan sangat pelbagai :

Kawan ibarat Bank Islam, apabila kita kesesakan dia menghulurkan sumbangan dan tak kena faedah atau bunga

Kawan macam hamba kita, hanya perlukan dia bila kita susah tapi sebaliknya kita buang saja.

Kawan selamanya, kita sanggup berkorban untuknya. 

"Jika kita makan, kita akan teringatkan dia. Adakah dia sudah makan?"

Shoo shuwittt.





Kawan ada di mana mana,
Cuma ikhlas dan tak ikhlas, sayang dan tak sayang kita dekat dia.

Carilah kawan yang boleh membawamu ke syurga kelak,
Bukan kawan yang hanya pandai menyalak.






Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Mengumpat dalam erti kata bergossip,
Menjadi hobi semua lapisan masyarakat hingga ke hari tua.

Aku juga melakukan benda yang sama setiap hari
Tidakkah aku lupa bahawa ada yang memerhati di sana 
Tidakkah aku lupa aku akan dihisab kelak?

Aku ingin menyarankan kepada pihak pendidikan supaya esei 
"Faktor-faktor mengumpat dan langkah untuk mengatasi" dimuatkan dalam karangan.

Bukan,
Ini memang realiti.

Tak boleh disangkal lagi.

" Janganlah sesetengah dari kamu semua itu mengumpat sesetengahnya. Apakah seseorang itu
suka makan daging saudaranya dalam keadaan telah mati, tentulah kamu semua tidak
menyukainya yang sedemikian itu (Surah Hujurat ayat 12) "

Niat hanya untuk berkongsi apa yang berkulat di dalam hati,
Kalau tak sudi jangan mengumpat di belakang yati. 

Heh.





Sedang cuba menghabiskan sisa roti dan kaya di dalam mulut
Buat alas perut untuk meneruskan hari yang mendatang

Tiba-tiba tangan menggatal ingin menaip,
Aku turutkan saja permintaan hati yang lara.

Mulut terkunci tidak berkata,
Bila tidak bersua bukan bermakna dah lupa
Cuma membawa hati yang sedang luka,

Tapi tak bermakna menyimpan marah di dada,
Mungkin ini ada baiknya
Supaya tiada lagi prasangka
Mengalah tak bermakna kalah

" Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Post ini bukan tujuan untuk menghina
Malah bukan untuk suka-suka

Cuma berkongsi apa yang ada
Kalau tak suka tak apa,

Saturday 2 June 2012

Assalamualaikum




Apa khabaqq? Eheh hehe yeahh yeahh amacam life korang? Awesome ke tidak? Hmm cuti sekolah kali ni aku taktawu lah kenapa bosan tahap gaban sangat. Semalam aku baru balik dari kenduri rumah maklong aku kat Gelang Patah, wuwuu lama siaa tak jumpa sedara mara. Hmm happening gila siaa, gelak tak sudah. Ada je benda yang kitorang nak gelak kan sampai asyik kena marah je dengan maktok tak sudah. Aku sayanggg sangat dekat cousin aku yang nyempreng nyempreng semua tu hehe. Rinduuu korang weh, acanee ni? Takpe aku janji raya nanti tutti ehh, aku bawak korang pusing JB sampai lebammm kk. Ehh thanks tau buat aku happyyyyyyyy tak ingat dunia.


Goodluck ehh korang (Umi, Wanie & Gha). Doakan aku berjaya jugak tau, see yah on Abang Yul's engagement :) Next year Abang Chapiq's wedding pulokk hehe. Aku pulak over excited ni apehal haha.







Sunday 27 May 2012


Assalamualaikum


Cuti sekolah kembali lagi, ewahhh dah macam promoter Sogo pulak aku ni. Hehe so apa plan cuti sekolah korang? Bercuti atau terbongkang depn tv duapulohpatjam atau mencari sumber rezeki di KFC hehe tkde kena mengena rasanya. Tak kesah lah apa plan korang cuti sekolah ni yang penting korang lakukan aktiviti yang berfaedah ye. 

So ada masa yang terluang ni aku nak rajin rajinkan jari aku menaip hehe. Ohh yeahhh, aku lupa nak cerita pasal semalam. Alahhh yang semalam tu hee, biasa cuti sekolah mesti tk lari dari kenduri kawen, kenduri potong jambul, tunang dll. So semalam cousin aku tunang, hee excited tk aku? Tak pun sebenarnya haha. Tapi aku macam terkejut lah sebab tiba tiba je dia decided nak tunang, orang yang sebok bercinta tk tunang tunang pun. Tapi overall aku memang suka cara dia, low profile gilaa. 

Againnn congratz akak, I hope your relationship will be last longer sampai ke anak cucu cicit miut dan sebagainya :')










Orangeee yuu tema dia heheh, Iloikeeeeee kak. Tahniah ye sayanggg :')







Thursday 3 May 2012

Assalamualaikum eberiiiwannn



Fuhhhh fuhhh *tiup habuk* hehe dah lama aku tak post something dekat belog ni kan. Tahlah nak kata busy tu takde lah tapi takde apa yang aku nk post sebenarnya. Haa based on topic, hidup segan mati tak mahu. Hehe seram tak seram tak.






Aku taknak post banyak banyak sebenarnya cuma aku nak cerita pasal future aku. Hmm aku tak sabar sebenarnya nak tunggu 7 Mei ni, hm as you all know lah kan result UPU keluar. Haihhh ntah dapat ke tak aku ni ambek dippp. Berdoa jelah, tapi aku memang nak sangattttttt. Please --' nak keluar JB. Nak berdikari, nak kawan baru, nak semuanya baru. Semangat pun nak kena baru kan. So tulah, hidup aku sekarang macam hidup segan, mati tak mahu. Mana mahu, amalan tak cukup lagi nak bawak ke alam barzah. Peace #








Wednesday 4 April 2012
Assalamualaikum


Pertama sekali aku nak ucapkan bebanyak terima kasih pada yang tak putus putus bagi aku semangat and so on. Thanks guys, korang awesomee gilaaa!
Rasanya korang dah boleh teka kott pasal apa aku post tittle macam ni. Haihh macam ni cerita nya. Selasa semalam around pukul 10.15 p.m gitu aku baru lepas balik daripada class fotografi dekat Taman U then dayah terus hantar aku balik. As usual lah, dia tanya


Dayah : Mok, kau nak makan tak?
Me : Alahh malas ahh, nnti bpk aku bising lah balek lewat
Dayah : Babe berenti petronas jeni beli roti ke apa
Me : Next time lah, balek balek *masa ni baru lepas Petronas orkid

Pastu kitorang pon teroskan lah perjalanan sampai lah dekat simpang nak masuk rumah aku tu, as usual kitorang punya kereta belah kiri lah kan. So masa nak masuk simpang tu tetiba ada satu motor takde lampu rempuh kitorang dari belah kiri. Bayangkann pleasee! Wehh, kalau tak reti bawak moto pergi lah blaja dekat Intensif * promote ni. Apa ke banggang nya kau, dahla takde lampu depan, tak pakai helmet, naik 3 orang satu motor, tak bawak IC, takde lesen. Memangg pakej siottt! Ahh damn gila, aku memang tak boleh nak cakap apa lah kan. Memang sahsah salah kau lah bodoh. Lantak kau lah tu nak putus jari ke peha terbelah nampak daging ke mati ke apa ke itu bukan urusan kitorang. Tapi memang damn gila lah sebab kau takde bayar ganti rugi pon, tapi aku puas lah sebab korang terima balasannya jugak kan. Tapi memang tak bole blah lah, drama korang memang menjadi dho! Superbbb. Nahh korang tengok sendiri lah apa yang terjadi dekat katak hijau Dayah ye =.='




Sedihnyooo lahai sportrim baru



Lantak lah selipar kau chaaaaa



Around 12.30 a.m dekat Balai Polis Daerah Nusajaya



Tadi pergi melawat kereta ni dekat produa, lahaiii sedih


P/s : Kalau kita bawak hati hati di jalan raya pon kalau kenderaan lain yang banggang langgar accident jugak kan. Moralnya semua benda yang berlaku ada hikmahnya der. Be strong bebeh.






Tuesday 3 April 2012

Assalamualaikum


Hahahaha belum belum lagi dah gelak. Okey harini aku nak cerita pasal kawan, alahh boring je. Kalau blog mesti pasal kawan kan. Ehh tapi dah lumrah, kalau aku dah kawen memang aku cerita pasal kawen jelah. Here some of the picture, check this out yeahh : 



Masa ni singgah makan dekat restoran kecil tepi jalan lepas dah sampai Kuala Lumpur



Tengoklah tu ala ala omelnyaa Eda hehe. Masa ni dekat Pusat Sains kan, hembus je haha



Ya Allah rindunyaa dekat diorang, bila lah agaknya dapat sama sama macam ni lagi?
Eda, Kyna, Ainaa, Raja, Farah, Iqah salam rindu untuk korang semua :(



Kelas 3A dalam ingatanku, hmm with the lovely teacher Pn Hjh Khadijah :*



Shara & Mimi, manalah korang sekarang ye? Stay pretty babe, yang sorang dah nak kawen dah :)



Pesta Permainan masa ni, jalan kaki pakai baju duyung haha



Muka sucii siottt semua :)



Satu je aku nak cakap, muka kau dari dulu sampai sekarang tak berubah hehe :)



BieeeEfffEfff yemma, walaupun korang tak anggap macam tu tapi aku akan anggap sampai bilabila



Jamuan last Pesta Permainan, walaupun kalah tapi puas hehe ketawa jahat



Banyak lagi sebenarnya yang aku nak post, tapi bahu aku dah lenguh haha. Korang ohh korang, korang rindu aku tak? Dalam bahasa sedapnya rindu sekolah tak? Sumpahh nak sekolah lagi especially masa tahun 2009, nak 2009 je selamanya Peace :)






Actually vid ni takde kena mengena pun dengan tittle dan gambar gambar di atas, tapii benda ni berlaku dekat diri aku, maafkan aku HS.



P/s : Hargailah rakan anda sebelum terlambat andd perasan tak tajuk aku tak bersesuaian langsung dengan cerita haha.




Older Post