+Follow | Dashboard
Yatt's
Diary About Board Links
Tuesday, 27 December 2011




Hey,
Yeahhh assalamualaikum, okey kalini aku nak bercerita pasal kawan. Apa itu kawan? Sejenis makanan ke? Atau sejenis alat yang boleh dipermainkan? Atau blablablabla. Kawan / Sahabat / Rakan / Friend / Buddies dan sebagainya merupakan seseorang yang amat penting dalam hidup setiap insan di atas muka bumi ini. Tipu lah kalau kau cakap kau takde kawan kan! Ayat seperti " Kawan adalah binatang, tak selalu kelihatan tetapi selalu ada" apa tu haha? Macam macam lagi lah istilah kawan dalam dunia ni. Kawan makan kawan, kawan haram, kawan baik, kawan sejati, kawan lawan, kawan mengawan # haa tu bukan istilah ehh yang mengawan tuh. Tapi kali ni aku nak cerita baikbaik je pasal kawan. 
Check this out ye kawan :




Sebaik-baik kawan ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.
Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.
Apabila kawanmu berubah dan bertukar keadaannya, jangan engkau tinggalkan dia, kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.
Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.
Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadi kawan, maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu, maka ambillah dia menjadai  kawan.
Tiadalah yang menyentuhkan engkau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang engkau tidak malu kepadanya.
Kalau enkau ramai  kawan  bersyukurlah! Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau, tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.
Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Manusia yang paling lemah ialah oarang yang tidak sanggup mencari  kawan  dan paling lemah daripada itu ialah orang yang mengia-iakan kata kata kawan  yang diperolehinnya.






Older Post | Newer Post